💛Day III💛
7 Mac 2017 💕
Suasana sejuk di dalam bilik yang di pasangi penyaman udara semestinya membuatkan Kami bercinta untuk bangun tetapi apakan daya percutian Kami di sini hampir ke penghujungnya. Bersiap sedia untuk sarapan pagi di ruang makan Hotel, Hubby mahu berenang lagi katanya tetapi tidak Noora cukuplah semalam sahaja. Setelah siap, Kami pun turun ke bawah untuk santapan di pagi hari sebagai pembekal tenaga Kami. Dengan menu yang berbeza daripada semalam Noora memilih mee goreng, hotdog, omelet dan suami pula memilih hidangan nasi lemak. 💘
Noora sudah bersiap menunggu Hubby. |
Inilah hidangan pagi Kami. |
Berselera Suami Noora makan ye. Tak menoleh dah. |
Licin nampakya Cik Abg makan?? |
Selepas makan, Hubby hendak berenang di Kolam. Noora pula, duduk di kerusi di situ lalu bersiar-siar di tepi pantai seorang diri meninggalkan Hubby. Suasana di pagi hari di sini sememangnya sangat mendamaikan terasa berat hati untuk pergi. Hihihi.
Dia mandi sendirian hihihi.. |
Bersiar-siar di tepi pantai nan indah. |
Belakang itu Hotel Noora tidak jauh dari Pantai. |
Pantai yang menghadap ke Hotel. |
Jam menunjukkan pukul 10:00 pagi, jadi Kami naik ke bilik untuk berkemas dan bersedia untuk Check Out. Kami Check Out pada pukul 11:00 pagi, awal satu jam kerana jauh lagi perjalanan Kami. Sementara menunggu Hubby selesaikan urusan di kaunter, Noora apa lagi melayan diri untuk selpie, huhuhu.Actually, Bilik penginapan Kami sangat selesa, bilik air yang bersih walaupun tidak banyak siaran di Televisyen dan hanya mempunyai satu sahaj kepal 'plug' tetapi bagi Noora puas hati dengan servis untuk bilik jadi Noora bagi 4/5 bintang di Hotel ini. Setelah selesai Kami pun bergerak ke Tasik Kemasik di mana perjalanan mengambil masa hampir satu jam dari sini ke sana.
Hubby sedang berurusan di kaunter. |
Selpie dulu na.Itulah dia nama Hotel Kami menginap. |
Sebelum meninggalkan jejak ku di sini. Bye2! Suria, ada rezeki lebih Kami datang lagi. |
Pantai Kemasik ini memang Noora akui keindahan alamnya dengan deruan ombak, batu-batu di tepi pantai dan warna pasirnya bak warna keemasan. Noora memang suka Pantai ini dan tidak rugi rasanya walaupun hampir satu jam perjalanan untuk ke sini. Di pantai ini, terdapat juga sampan-sampan nelayan yang berwarna-warni di samping itu terdapat juga pondok untuk beristirehat dan juga kedai makan untuk menikmati makan di kawasan pantai. Yang paling Noora kagum sekali, pantai di sini sangat bersih kerana di jaga rapi dan mungkin juga sebab itulah kawasan pantai ini dilarang untuk bermandi-manda.
Parking ambil gambar di pintu gerbang Pantai Kemasik. |
Di sini pun ada buai lah, Buai laju-laju... |
Belakang nun, batu besar di tepian pantai. |
Itu dia, hubby sudah beraksi di batuan pantai. |
Melihat kebesaranNya. Membuat Noora rasa sangat kagum. |
Duduk di tepian pantai, melihat deruan ombak. |
Ini lah dia datang pada waktu matahari atas kepala memang panas. Eh2!.. Terasa seperti dipadang pasir pula. |
Inilah pondok diatas air. Santai je dekat sini. Belakang nun, tugu pantai ni. |
Mengabadikan kenangan Kami berdua di sini. |
Nampakkan cuaca memang panas waktu ni, tapi kerana kejar masa ku gagahi jua..huhu. |
Ehem2.. Termenung memikir apa itu? |
Setelah peluh membasahi ketiak, Kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang dan berhenti sebentar untuk mengisi minyak kereta. Sampai di sepadan Terengganu Kami membeli sedikit keropok lesung, keropok kering dan sotong kering untuk di jadikan Souvenir untuk keluarga di kampung.
Oleh kerana mempunyai masa sedikit Kami singgah di Pusat Santhuary Penyu yang berhadapan dengan Club Medi Resort. Untuk masuk ke pusat ini tidak perlu membayar pun tiket hanya menderma sumbangan seikhlas hati. Di sini, diterangkan jenis-jenis penyu, cara telur bertelur dan dapat juga melihat penyu secara dekat di kolam yang di ternak.
Sudah sampai, jom masuk! |
Ini dia penyu, tapi kenapa penyu ini melekat di dinding. Lalala.... |
Di belakang itu terdapat pelbagai infomasi mengenai Penyu. Baca dan pelajari la ye. |
Nak masuk kena buka kasut. Ok, lambat tinggal ye. hihih. |
Tu dia... Excited Suami Noora posing depan Pusat ini. |
Akhirnya, tengok pantai sudah tengok penyu pun sudah. Mohlah kita bergerak balik. Percutian kali ini memang Noora gembira sekali selain dapat menikmati keindahan alam dapat juga menghabiskan masa berdua. Misi berjaya pisahkan handphone dari tangan Hubby sepanjang Percutian Kami walaupun Noora perasan Hubby curi-curi main Handphone untuk seketika huhuhu...
Sebelum itu, sempat Kami singgah di Temerloh untuk menikmati hidangan Ikan Patin Tempoyak yang sememangnya popular di Temerloh ini. Perjalanan agak jauh juga tetapi demi merasai Ikan Pati Tempoyak Hubby gagahi jua memandu ke sana kerana telah berjanji ingin membawa Noora makan di situ. Tempat yang paling popular di Temerloh berdekatan trafic light simpang tiga tidak silap Noora lah. Nama kedai Noora kurang pasti tapi yang Noora tahu nama depannya sahaja iaitu Go' Bang.
Singgah sebentar di benteng Temerloh yang pernah di tengelami banjir suatu ketika dahulu.
Baru-baru ini pun Noora rasa baru lepas banjir kerana kelihatan bekas lumpur di dataran ini. |
Amboi senyum kemain Hubby ye. |
Sekejap sahaja Kami di benteng ini, selepas itu Kami pun menuju ke Kedai makan Ikan Patin Tempoyak itu yang tidak jauh dari sini.
Tudia hidangan Kami Ikan Patin masak Tempoyak. |
Kenapa ada tiga nasi tu? sebenarnya masa di Kuantan tadi Kami singgah ambil adik Hubby yang mahu pulang ke kampung juga. Makanan di sini adalah layan diri ye. Terdapat juga hidangan yang lain di sini tetapi tujuan utama kami adalah hidangan ini. Bagi Noora rasanya sedap tetapi Hubby Noora kata macam sudah kureng sedikit berbanding dulu dia ke sini. Harga makanan Kami juga tidaklah mahal di mana set nasi lengkap iaitu ada nasi, keropok, salad dan sambal belacan cuma RM2.80 dan seketul ikan berharga Rm12.00 sahaja. Kami juga sempat membeli bungkus untuk di rasa oleh kedua belah keluarga Kami.💕
Itu sahaja cerita dan pengalaman Noora sepanjang bercuti di Cherating ini. Noora akan abadikan ia sebagai kenangan terindah bersama suami. Walaupun hanya melihat pantai tetapi Noora bersyukur kerana diberi kesempatan ini. Sekian, sambutlah salam dari Noora ye... Assalamualaikum..👏
..........TAMAT..........
Terima Kasih kerana sudi singgah di Blog Noora. 💋
No comments:
Post a Comment