HoneyMoon (Cameron highland) 3D2N (Day II)

 


💖 Day II 💖
💕 Part 2 💕

21 Oktober 2014

Sudah namanya tempat sejuk memanglah sinonim dengan buah strawberry. Jadi, destinasi seterusnya kami pun menuju ke Strawberry Farm.  Noora pun sudah lupa kawasan mana Noora pergi tapi yang pasti terdapat banyak Strawberry Farm pergi sahaja ke kawasan mana di Cameron Highland ini pasti akan ketemu jua.👀

Destinasi 3 👉  Strawberry Farm

Di Strawberry Farm ini, bukan sahaja terdapat buah strawberry yang segar tetapi ada juga produk lain yang berasaskan daripada buah srawberry ini antaranya seperti perasa air, kek, coklat dan banyak lagi. Korang boleh shopping produk buah strawberry di sini tetapi jika korang membeli buahnya sebagai buahtangan pastikan korang membelinya sewaktu pulang kerana ingin menjamin kesegaran buah itu ok?.👌


  
 Sudah sampai, jom kak long 
kawasan nak tinjau tempat.
Hihihi.💜
Apa di fikiran Hubby tu??
Tak sabar nak makan buah lah tu..
huhuhu👀

Penat berjalan,
 duduk sekejap
dikelilingi tanaman

strawberry.
Asyikkk!!😂

Makan di Ladang Tea tadi
tak mengeyangkan jadi
Noora makan lagi
perkena mee sup

sejuk2 ni ye..💘

Hubby makan apa tu??
Ohh, laksa..

Nyum3! 
Jemput makan.💓

Strawberry gergasi, makan buah ni
boleh patah gigi..hahahah💋


Destinasi 4 👉  Galeri Bunga

Siapa pencinta pokok bunga?? di sini lah syurga bunga. Destinasi seterusnya, galeri bunga atau nursery. Di sini, korang boleh beli pokok-pokok bunga ini untuk ditanam di laman bunga. Oleh kerana, depan rumah Noora ruang yang terhad jadi tak lah Noora beli, sekadar berjalan sahaja di sini untuk menikmati warna-warni bunga-bungan di sini.💛

 Lai2 Pokok Bunga,
 kaktus pun ada.
  Mai2!!..💝


   Dipersembahkan Mat bunga..
    Pilih2 cik adik manis 

    mahu yang mana?💚
                               

   Noora tengah memikir pokok apa ni ye.
 Harap je kerja di Nursery, nama pokok

 bunga pun Noora tak tahu..Maaflah.💔

Cantikkan bunga ni.
First time, tengok!! 
Muka teruja tu!😁


Hari sudah pun petang, Kami bergerak pulang menuju ke Hotel untuk berehat setelah kepenatan. Berehat dahulu, sambil menonton TV dan tidur seketika menanti makan malam. 💛
     
 Lepak di lobi Hotel.
    Sebelum naik ke bilik.👐


  Posing sikit!💃


Jeng! Jeng! Jeng!
  Patik persembahkan..
 S
trawberry yang di kutip di
  Strawberry farm tadi,
     beli untuk rasa dahulu.💕

  Jemput makan buah,
  Eh!! Jemput tengok.
   Strawberry ye!!

Hihihi.💦

Pukul 8:30 malam, kami turun ke dewan makan untuk Dinner. Oleh kerana semalam sudah menikmati steamboat maka kami decide untuk makanan pilihan kedua iaitu Mee Goreng. Selepas makan, Kami keluar bersiar-siar dikawasan berdekatan pekan Brinchang. Tidak jauh dari situ, terdapat Pasar malam dan kalau mahu beli souvenir boleh beli di sini harga sangat murah. Keychin dan magnet boleh dapat Rm2.00 sahaja. Kena pandai pilih booth lah ye pasti berbaloi-baloi. Tapi I'oll tak beli apa-apa pun dekat sini sebab dah beli di bawah semalam. Jadi hanya beli makanan sahaja untuk makan tengah malam. 💔💔 


  Inilah ruangan bilik kami
   hiasan gambar lama.💟

Posing gaya apa Cik Abg kita
sorang ni ye..Abaikan!!👀

Makan apa tu?👀

Nampak menyelerakan
Mee Goreng mamak.
  Nyum!!💘

Tapi sayang, masin pula.
huhuhu💔

Tapau Jagung Bakar &
Jagung Rebus untuk Supper.
 Itu sahaja aktiviti untuk malam kedua Kami di sini, untuk hari esok sebelum pulang Kami hendak pergi kemana pula ye? Nak tahu? Jom ikuti entry seterusnya Day III. 💋
Dadaaaaa.......👏

Bersambung Day III>>>>>>



No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora