![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivNXuwyeyd1fYx4U_7Z2uHQc9WMKFdpP2oumMm_4QKy4F9dP1T9yet5EKQCsQ87AQscqu62US-_Fa387tb7PRWWk5V76AyPuQ2wLEyjzI8LyMWKt9-bmaVMuENboBGumB3ayOgyJfNF4s/s200/ciknurfarah1.png)
💖 Day II 💖
💕 Part 1 💕
21 Oktober 2014
Masih dalam mood bulan madu lagi, terasa malas hendak keluar di awal pagi, tetapi ku teruskan jua kerana semuanya telah dirancang dan ingin memanfaatkan masa sebaiknya di bukit Cameron Highland ini. Seawal jam 8.30 pagi, kami pun turun untuk sarapan. Gerak awal pagi kerana banyak tempat nak di tuju nanti, Yeay!!!! Let's go Babe!.💫
![]() |
Wepie dulu, sebelum turun sarapan, ambil angin pagi di Balkoni Bilik.Sweet kan??Hehehe..💏 |
![]() |
Jemput makan..!👍 |
![]() |
Time to Breakfast..😂 |
![]() |
Penuhkan tangki perut ye,
Sarapan kuehteow,
hotdog & kentang.💋
|
![]() |
Duduk sekejap ambil feel di luar Lobby Hotel jap.👸 |
![]() |
Muah ciked!!! Jom gerak ke destinasi!💕 |
Selepas Sarapan, Kami menuju ke destinasi pertama iaitu BOH Tea Heritage Centre Factory. Nak masuk ke ladang BOH ni jalan memang kecil je muat untuk satu kenderaan dalam satu masa, jadi kena bawa pelahan dan bunyikan Hon di setiap selekoh.💕
Destinasi 1 👉 Boh Tea Heritage Centre Factory
Untuk pengetahuan, Kita boleh mempelajari bagaimana dan cara tea itu di hasilkan kerana di sinilah kilang memproses tea Boh yang selalu kita minum itu. Jadi tidak rugi jika korang datang sini. Kata orang sambil makan angin sambil berlajar, pakej dua dalam satu, ok lah tu kan?? Tetapi Kami hanya sempat singgah di ladang sahaja dan tidak berkesempatan pergi ke kilangnya. hihihi..Di sini juga, terdapat ramai pelancong luar dan dalam negara. Jadi, memang ramai orang ye.💃
![]() |
Sudah sampai di destinasi.👍 |
![]() |
Shot picture dulu sebagai bukti sudah sampai sini..yehuuuu!✌ |
![]() |
Jom, mulakan perjalanan dengan memanjat anak2 tangga ni.✌ |
![]() |
Cik Abg masih maintain lagi memanjat anak tangga.✌ |
![]() |
Masa ni baru setengah bukit yang Noora daki, nak dapatkan permandangan yang lagi indah kena naik lagi ye.💕 |
![]() |
Naik lagi, gigih memanjat anak tangga ni..Hihihi👆 |
![]() |
Akhirnya, kami sampai.. duduk kejap, penat memanjat.💑 |
![]() |
Noora nak fefeeling luar negara kejap ye..💕 |
Setelah duduk sekejap menikmati keindahan alam hijau terbentang luas itu kami pun meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya.. Dimana?? Ladang Tea Boh juga tetapi yang terletak di Sungai Palas Boh betul-betul sebelah jalan raya di pinggir bukit.💋
![]() |
Berhenti sekejap di lereng bukit heritage Boh ni, untuk tangkap gambar.👍 |
![]() |
Noora pun sama, meninggalkan kenangan indah di bukit tea ini. 💘 |
Perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama kerana ianya tidak terlampau jauh. Cuma tempat parking adalah terhad, walaupun kami pergi pada hari biasa tetapi ramai juga pelancong yang datang kerana tempat ini sememangnya sangat popular di Cameron Highland. Sampai je terus cari parking, mahu dua tiga kali juga memusing.Huhuhu....💨
Destinasi 2 👉 Sungai Palas Boh (Cameron Midvalley)
Jika tadi kita perlu menaiki anak tangga untuk sampai ke puncak tetapi tidak di sini kerana ianya memang betul-betul di atas bukit dan untuk view yang lebih cantik lagi bolehlah turun ke bawah sedikit melalui anak tangga yang di sediakan itu.
Selain itu, di sini juga terdapat beberapa deretan kedai menjual souvenir dan sebuah cafeteria untuk menikmati hidangan tea sambil menikmati keindahan ladang tea dari atas bukit. Oleh kerana waktu sudah masuk tengahhari, kami pun tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman itu.
![]() |
Singgah minum dan makan ringan2 sahaja.💋 |
![]() |
Cik Abg makan apa tu???👀 |
![]() |
Kek coklat Noora punya.😊 |
![]() |
Hidangan kami yang berharga Rm29.50 (agak mahal juga)😆 |
![]() |
Yang belakang tu lah, tempat kami makan tadi.✌ |
![]() |
Pemandangan dari lereng bukit.💙 |
![]() |
Lepas makan, jalan2 di lereng bukit ini. Jom turun tangga pula.💨 |
![]() |
Hijau yang mendamaikan, dilarang memetik daun tea ye.. Awas ditangkap!..hihihi..💖 |
![]() |
Jom, kita pergi beli souvenir untuk di beri kepada kenalan dan family.👪. |
Selepas selesai membeli beberapa souvenir, kami menuju ke ladang strawberry pula tetapi untuk post kali ini sampai di sini sahaja ye. Nanti Noora sambung ke Day II Part 2 pula.. Nantikan.....👋
Dadaaaa...... 👏
Bersambung Day II Part 2>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment