HoneyMoon di Cherating 3D2N (Day I)



💛Day I💛

5 Mac 2017 💕

Post kali ini hendak bercerita mengenai percutian Kami di Cherating pada 5/6/7 Mac 2017 iaitu selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya, sudah lama tidak pergi bercuti berdua. Jadi, kami plan untuk curi masa 3 hari untuk pergi makan angin. 💏

Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8.00am dari kampung kerana sememangnya tengah bercuti panjang dan singgah sebentar di Keratong atas urusan keluarga. Pukul 11.00am Kami meneruskan semula perjalanan terus menuju destinasi iaitu Cherating. Melalui jalan Segamat- Kuantan dan masuk Plus Pantai Timur dan Exit di (836 Gebeng).💨


Kenapa pilih cherating? Best ke? Ok, Noora jawap persoalan tu. Sebenarnya, hati tertarik-tarik nak kesini sejak dulu lagi. Tak tahu apa yang menarik pada awalnya, tapi yang pasti pantainya memang cantik!! SubhahanAllah!!... Kepada yang inginkan ketenangan boleh lah datang sini. Tapi, jika inginkan sesuatu seperti bershopping bukan ini tempatnya, paham?...Hihihi..💘

Setelah keluar dari tol kami menggunakan khidmat waze, tetapi masih tersalah jalan. itu perkara biasa berlaku pada Kami ketika berada di tempat baru, hihihihi. Dengan berbekalkan minyak yang hampir-hampir habis itu. Noora berdoa dan redha jelah sekiranya kereta berhenti di tengah jalan tetapi syukur 'Alhamdullillah'. Akhirnya, jumpa juga arah yang betul dan Station Minyak. Setelah itu, Kami singgah untuk makan tengahhari di sebuah kedai Makan Nasi Ayam dan menu Noora semestinya lah Nasi Ayam.💃

Selepas makan kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi misi pencarian tempat penginapan. Penginapan Kami adalah di Suria Cherating Beach Hotel dengan bayaran RM320 untuk 3hari 2 malam berserta 2x Sarapan pagi dan bilik Double Room yang menghadap ke taman. Tidak mengapa double room kerana nanti Kami akan cantumkan katil kembar tersebut. Hihihi...💜

Jemput makan dulu ye!
Nasi Ayam!

Jalan-jalan sekejap.
Cherating ni sepadan dengan Terengganu tau.💕


Sampai sudah Hotel Kami.
Letak barang dulu.💘

Jalan-jalan sekitar hotel.
Hotel yang berdepan dengan pantai.💕

Posing dulu sambil ambil angin pantai.💘

Ada swimming pool. Esok boleh berenang ye.💚

Lepak tepi kolam, sambil tengok orang berenang di kolam.💫

Berehat di Hotel sehingga pukul 8:30 malam, bersiap untuk Dinner. Petang tadi semasa pusing-pusing ada kelihatan CharKueTeow special berdekatan kampung Cherating. Jadi Kami decide untuk makan di sana sahaja. Apa yang Noora nampak di sini pada waktu malam suasana sungguh sunyi. Jadi, selepas makan Kami pun balik ke Hotel dan singgah sebentar di kedai untuk membeli kudapan untuk di makan waktu tengah malam. Almaklumlah, Noora ni ada tabiat lapar tengah malam jadi ianya sebagai bekalan Noora.Hihihi..💚


Jom! Sudah siap untuk pergi Dinner.
Inilah ruang Lobby Hotel.💚

CharKuewTeo Special dua! Siap!💞

Jemput Makan ye.
Macam tidak cukup je,hihihi.💖



Hari pertama di sini, itu sahaja yang dapat di ceritakan. semua tempat yang hendak di pergi adalah pada hari esok. Jadi, nanti Noora sambung untuk Day II & Day III pula ye.💘
Dadaaaaa......👏


Bersambung Day II>>>>>>>>>






No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora