HoneyMoon (Cameron highland) 3D2N (Day I)



💖 Day 1 💖

20 Oktober 2014

Seindah nama tajuknya, indah lagi ceritanya. Honeymoon ni sebenarnya sudah hampir 3 tahun iaitu pada tahun 2014, tapi baru nak sembang sebab yelah blog baru kan. Hiaslah dengan kenangan katanya huhu.. Saja nak kongsi pengalaman Indah di Bukit Cameron Highland. Hihihi.. Percutian ni juga sebenarnya untuk raikan Hubby yang sudah habis latihan Kursus supaya dapat release kan diri setelah setengah tahun berpisah…kuang kuang kuang…👅


Percutian ni, Noora yang pilih biasa lah orang perempuan memang suka bab2 ni kan?? lagi pun tempat ini sangat popular untuk percutian Bulan Madu. Masa ni Kami masih tinggal di Johor, jadi perjalanan dari Yong Peng ke Cameron Highland mengambil masa dalam 4 ke 5 jam dengan melalui LebuhRaya Selatan - Utara. Kami bertolak awal pagi dalam pukul 8.00am macam tu dan singgah di RNR Ayer Keroh sebentar untuk menikmati sarapan pagi dan selepas sarapan kami pun meneruskan lagi perjalanan. 💨💨💨

       Posing dulu dalam kereta.💕


Pewittt!!! Sarapan apa tu Encik Abg.👮


Mestilah I pun nak interframe (hahahah)👸


Beberapa jam kemudian, selepas keluar Tol (Tapah) jalan berbukit-bukit mula kelihatan dan sudah rasa kesejukkan nya tetapi masih boleh 'maintain' lagi lah. Waktu sudah pun tengahhari, jadi Kami singgah Lunch di Warung Makan berdekatan Air Terjun (Robinson)..Lepas makan tu, Noora nampak beberapa kedai souvenir dekat sini, takut terlupa beli so siap2 Noora beli dah 3Magnet bernilai Rm10. 👊👊
(Rupa2nya Pesanan kepada korang –Souvenir boleh beli kat atas lagi murah2 satu Rm1.00 pun ada, menyesal beli awal hahahah).😄

 Posing dulu kat Air Terjun Robinson ni.💟


Nak juga k... hihihi💟

Masa pergi bercuti ni memang main panjat je dan tiada Booking2 Hotel, memang rancang gerak awal so nanti boleh cari Hotel mana nak duduk. Actually, dah server beberapa Hotel untuk package HoneyMoon tetapi kena booking awal lah, dan oleh kerana Hubby cutinya tak tahu lulus ke tidak, jadi Kami decide terjah jelah mana2 Hotel pun kalau dapat cuti nanti. Pusing punya pusing akhirnya, jumpa juga tempat penginapan kami iaitu Iris House Hotel. Untuk Kos 3Hari 2Malam bernilai RM310 beserta deposit Rm50 (Boleh Claim balik waktu Check out). Tersedia dalam Package 2x BreakFast + 2x Dinner. Alhamdullillah...💚


Bilik Kami ada Balkoni.. First Expression muka, Apa???
 tak ada aircon?? rupanya memang sejuk  
dalam bilik,lagi2 waktu subuh memang bercinta nak bangun.. 
Jadi jangan risau, ok..👌

Muka bahagia dapat rehat setelah penat menempuh perjalanan.
 Lepas posing, apalagi melompat atas tilam..
Nikmatnya dapat baring, Ya Allah!!...💑

Waktu malam, kami turun Dinner di ruang makan Hotel tersebut. Hidangan Steamboat.. Jom Dinner dulu!! 💃

 👌Hidangan Malam Kami Berdua..
   Steamboat, sedap juga rasanya 
              cuma tiada udang atau ketam              
 (amboi demand pula, 
yela I kan suka seafood huhu)
         
Gigih menunggu bahan-bahan 
siap dimasak.👋

Tara!!!! Ini lah hasilnya!! 
Jom makan!! 
Nyum,nyum,nyum!!!💋

  Eh, Cik Abg makan jeling-jeling I pula.
  Kantoi snap gambar dia, hahahah.👀👀

Peace sikit! 
Jemput makan ye..

Lepas makan, kami jalan-jalan mengelilingi pekan Brinchang dan Tanah Rata. Tiada tempat bersinggah malam tu kerana hujan membasahi bumi. Kami pun decide untuk pulang semula ke Hotel..💔💔


Gambar ni, kami shot waktu sebelum turun makan..
 Eh, siapa yang ambilkan gmbar Kami ni??
 Jangan tertipu, ini semua meja punya kerja.. hihihi 💕

   Ok, Inilah Hotel kami menginap..
   Sangat selesa, bilik air pun bersih

Noora sangat puas hati so I bagi 4/5 👍
Ini pula, Bilik Kami (310)
Tingkat 2.💖

Ok, setakat itu dulu untuk hari pertama kami di sini. Badan sudah letih, masa untuk berehat sebab esok Kami nak berjalan lagi... 💤 💤 💤 💤 💤 💤 💤 💤 💤 

Dadaaaaa...........👏




Bersambung Day II >>>>>>>>>>







No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora