Kari Kambing 40 Hari



Apa Khabar semua? Hari ini, Noora nak bercerita pasal 'Kari Kambing 40 Hari' yang viral tu. Dimana ya? Di Jalan Ayer Hitam, Johor. Kedai makan ini sebenarnya berdekatan sahaja dengan tempat Noora duduk dulu tapi kerana kurang popular jadi Noora pun tidak tahu akan kewujudannya walaupun selalu melalui jalan raya ini.



Untuk ke tempat ini, melalui jalan Yong peng ke Air Hitam hanya mengambil masa 10 minit sahaja dan terletak di sebelah kanan jika dari Pekan Yong Peng.

Dari Jauh sudah kelihatan banyak kenderaan yang parking di tepi-tepi jalan dan sepertinya seperti ada majlis kenduri Kahwen.

Kedai Makan ini dibuka daripada pukul 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja. Di waktu pagi bolehlah bersarapan roti canai di sini. Untuk pengetahuan, roti canai di sini tidak boleh di bungkus untuk dibawa balik ye, hanya boleh makan di situ sahaja.


Kenderaan yang keluar dan masuk di tempat parking,
di bahu jalan penuh sudah.

Haa, pelanggan kena beratur untuk memilih menu pilihan.
Panjang ni duk beratur.


Encik Abang, tengah fikir apa tu??


Jeng3... Ini lah, menu pilihan Kami berdua.
Noora Kari Kambing, Hubby pula Ayam.


Ini setelah siap menyelesaikan misi, hahaha..



Pada Noora, secara pandangan peribadi Noora bagi 3/5 * sahaja. Hidangan kuantiti ye agak banyak puas hati dengan harga ye tetapi rasa kari kambing pada Noora biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab tengah viral jadi ramai pengunjung yang datang untuk mencuba. 
Kepada korang yang tertanya-tanya bagaimana rasa "Kari kambing 40 Hari" ini, boleh lah datang dan menikmatinya sendiri. Sejarah mana dapat nama kedai ini, tidak sempat pula Noora nak buat interview sebab masa sampai sudah sibuk mencari tempat duduk dan meja untuk makan, kira tunggu giliran lah. Siapa cepat dia dapat, tapi jangan risau banyak meja yang di sediakan untuk pelanggan. So far, Service Alhamdullillah. Dan setelah perut kekenyangan lupa sudah semua, hihihi.

Waktu kemuncak bermula pukul 12:00 tengah hari kerana waktu ini adalah waktu makan tengahhari. Jadi, waktu ini, memang sangat ramai lagi-lagi cuti hari minggu.

Oklah, Noora rasa setakat itu sahaja review Noora tentang "Kari Kambing 40 Hari" ini. Nanti Noora kongsi lagi bila terjah jalan-jalan cari makan di tempat lain pula ye..

Selamat malam, Good Nite...



12:24 a.m Tuesday 4 July 2017





No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora