HoneyMoon (Cameron highland) 3D2N (Day III)



💖 Day III 💖

22 Oktober 2014

Eh, sekejap ye sudah masuk hari ketiga Kami disini!. Rasa seperti tidak mahu pulang pula kerana sudah seronok duduk di tempat sejuk ini, hehehe. Walaubagaimana pun, Npoora terpaksa lah bangun dari mimpi Noora itu dan bersiap untuk sarapan pagi. Seterusnya, selepas sarapan Kami naik semula kedalam bilik untuk kemas-kemas dan bersedia untuk check out dari hotel. Sebelum pulang, Kami meneruskan perjalanan ke beberapa tempat lagi iaitu di Cameron Lavender Garden, Taman Rama-Rama, Taman Bunga Ros dan juga pasar di Kea Farm. 💫



Sebelum turun sarapan,
Posing dalam Bilik
di depan cermin yang panjang ni.

   Menu banyak juga pilihan,
 Kami makan ni je..
 tengok pinggan Hubby
   WoW!! penuh... hahaha💖
   Banyak makan cik Abg??
    Sarapan apa tu?👀
 

 Menunggu masa untuk check out.
 Duduk sekejap ye.

  Buat apa tu??
Tinggalkan cop jari tangan ke??
(huhuhuhu)


Destinasi 1 👉  Cameron Lavender Garden

Jika mengikut perancangan sepatutnya hari semalam Kami hendak ke sini tetapi lokasi tidak di jumpai setelah menggunakan khidmat 'google' baru lah Kami mengetahui lokasinya. Kalau dari Brichang, kena terus lagi ke atas baru jumpa dan tempat ini terletak di sebelah kanan jalan. Di sini, tempatnya memang cantik penuh dengan bunga-bungaan, lanskap yang menarik dan terdapat juga kedai souvenir. Kami hanya menikmati keindahan tanaman pokok bunga di sini sahaja. Teruja dengan kecantikkan tempat ini. Masa Noora pergi dulu tiket berharga Rm5.00 untuk seorang dewasa tetapi sekarang Noora kurang pasti berapa.👇


 Sudah sampai!! Jom beli tiket!👋

Parking sini dulu,
 sementara orang belum ramai.👐

 Jom!! Naik atas, bunga apa tu??
  Bunga Taik Ayam??👀

 
Buai laju-laju
sampai pokok sena,eh depan tu bukan
pokok sena lah,, (huhuhu)💙


Monopod yang banyak
berjasa untuk kami berdua.💑

Chak!! Swett tak Kami.💏



Sebelum pintu keluar ada deretan
 kedai souvenir. Harga? tak pasti
 sebab Noora tak  beli pun kat sini.

Welcome Home👐


  Nak peti Srawberry pun
 boleh dekat atas nun!
💋

Penat ke??
Ok, duduk dulu ye.
👐

Banyak lagi gambar di sini, tetapi cukup lah untuk itu. Rasanya, tempat ini sekarang lagi menarik. Korang yang suka kan bunga boleh lah datang sini ye, pemandangan yang sungguh indah dan 'romantika de amour' sekali bagi Noora. Seterusnya, Kami patah balik melalui jalan datang tadi dan singgah di Taman Bunga.💋

Destinasi 2 👉  Rose Valley

Sebelum masuk di Taman ini, terdapat juga deretan penjual. Kami juga sempat membeli buah Strawberry untuk di bawa pulang. Masuk di Taman ini, Noora sudah lupa berapa harga tiketnya. Ada apa kat dalam ni ye?? pastilah banyak bunga-bungaan. Noora memang suka bunga.💘


 Welcome, to Rose Valley!

I Love Pink!!
    Nak petik boleh tak??😂

  Layan je Isteri dia tengok Bunga.

Chak!! Skodeng apa tu?👀

Ha??!! Bunga Palsu pun ada di sini.. (Hahaha)
Apa-apa pun Peace Yoo!!


Sekuntum bunga untuk Ku!💕

Ada Landskap air terjun!
Nyaman sungguh rasa.💏

 Destinasi 3 👉  Taman Rama-Rama

Saja singgah sekejap mahu tengok ada apa di dalam, ada rama-rama hidup dan juga rama-rama yang sudah mati diawet. Sekejap sahaja di sini kerana tempatnya biasa-biasa sahaja. Tapi kalau bawa budak-budak ok lah, mereka boleh melihat berbagai bentuk rama-rama.💃


 Black Butterfly.👆

Butterfly Hubby jumpa
malu-malu menyorok di sebalik
dedauanan.💫

 Destinasi 4 👉  Pasar Kea Farm

Lepas tu, Kami singgah sekejap di Pasar Kea Farm yang berhampiran dengan selekoh S tu. Masa sampai situ, sudah ramai orang. Jalan pun sesak di kawasan ini, untuk parking kena lah berjalan sikit kerana park agar jauh. Di sini, sayur-sayuran sangat murah dan segar. Selain itu, ada juga buah-buahan, bunga-bungaan, strawberry dan macam-macam lagi. Noora sempat juga membeli di sini.



Beli Buah Strawberry celup
coklat, memang super
nyummy!!

    Thank hubby!
   For this flower.
  Suka Sangat!!💘

Tara!!!
Colourful Bunga I.
Huhuhu.💗

           Souvenir untuk
       diri sendiri.💕


 Souvenir untuk
   kenalan dan Family.💑


Itu sahaja yang dapat Noora kongsikan selama percutian 3 hari 2 malam di Cameron highland ini. Memang seronok sangat kerana pemandangan yang cantik dan suasana nan sejuk. Jika berkesempatan lagi untuk ke sini, insyaAllah Noora datang lagi. Jadilah ia sebagai kenangan paling terindah dan pengalaman bercuti di sini sebagai coretan hidup kami WanNoora. Sampai sini sahaja dulu, sambutlah salam sayang dari Noora.👸
Dadaaaaaa.........👏

..........TAMAT..........




No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora