![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivNXuwyeyd1fYx4U_7Z2uHQc9WMKFdpP2oumMm_4QKy4F9dP1T9yet5EKQCsQ87AQscqu62US-_Fa387tb7PRWWk5V76AyPuQ2wLEyjzI8LyMWKt9-bmaVMuENboBGumB3ayOgyJfNF4s/s200/ciknurfarah1.png)
💛Day II💛
6 Mac 2017 💕
Hari kedua di sini, kami mulakan dengan sarapan pagi di ruang makan hotel. Menu yang di sediakan kurang pilihan tetapi tetap dapat mengenyangkan perut. Noora memilih menu mee goreng dan hotdog serta pancake Alhamdullillah!. Turun untuk sarapan, Noora dan Hubby sudah memakai pakaian untuk mandi di kolam kerana selepas makan kami hendak terjun ke dalam kolam pula. Sebelum mandi Kami jalan-jalan di tepi pantai terlebi dahulu tetapi ombak tersangat kuat dan bendera merah di kibarkan bermakna tidak boleh mandi di pantai.👀
![]() |
Peace! Noora sedang tunggu hubby bersiap untuk pergi sarapan.✋ |
![]() |
Ini lah bilik Kami 103 yang terletak di tingkat 1.💘 |
![]() |
Di dalam lift Hotel. Cantikkan dinding lift ini.💙 |
![]() |
Baca doa dulu sebelum makan. Makan apa tu?👀 |
![]() |
Menu pilihan nasi goreng, hotdog dan pankace sahaja.👍 |
![]() |
Lepas makan rehat sekejap turunkan segala makanan tadi.💨 |
![]() |
Duduk sorang-sorang sambil berangan hihi.💃 |
![]() |
Jalan ke pantai ombak yang sangat kuat.👆 |
![]() |
Ha itu dia, Hubby dah tunjuk aksi.👀 |
![]() |
Terasa seperti private pool pula, sesorang di dalam tu.💫 |
![]() |
Chak!! pagi ini tidak ramai yang mandi, Noora macam biasa belajar berenang tapi tak pandai2 lagi.👅 |
Dalam satu jam Kami bermain air di dalam kolam itu, selepas puas bermain air Kami naik ke bilik untuk bersiap pergi menuju ke destinasi seterusnya. Aktiviti Kami pada pagi ini hanya bersiar-siar di tepi pantai menikmati keindahan ciptaanNya. Kami bertolak dari Hotel pada pukul 11:30 pagi dan terus ke Pantai Cenang.
![]() |
Didalam kereta hendak gerak menuju destinasi.Yeay2!!✌ |
i) Pantai Cenang
Di Pantai ini tiada apa yang membuat kami teruja kerana sepertinya biasa sahaja. Oleh kerana sampai di sini semasa waktu tengahhari jadi tidak ramai orang yang berkunjung di sini. Hanya terlihat beberapa orang sahaja yang lepak di sini. Di sebabkan itu, Kami hanya seketika sahaja di sini.👀
![]() |
Kami hanya melalui kawasan ini dengan menaiki kereta sahaja.💬 |
Oleh kerana Kami telah penat bermain air di Kolam, jadi kami singgah makan lunch di Kedai makan yang terletak di tepi jalan besar itu. Kedai Ikan Bakar tsunami menjadi pilihan untuk santapan kami kerana melihat pelbagai jenis lauk untuk di pilih. Selepas makan Kami menuju ke arah Pantai Teluk MakNik tetapi sebelum ke sana Kami singgah ke Warung Aziz Satar untuk 'tapau' beberapa makanan untuk dijadikan juadah berkelah Kami di tepi pantai nanti.
ii) Pantai Teluk MakNik
Di pantai ini, sesungguhnya air laut yang sangat kehijauan dan sangat cantik. Di hiasi dengan deretan tanaman pokok-pokok Rhu. SubahanAllah, memang tidak rugi Kami kesini. Setelah memilih tempat untuk bersantai di tepi pantai Kami membentang tikar dan duduk dihadapan pantai di bawah teduhan pokok Rhu sambil menikmati angin laut dan ombak nan indah. Sambil melayan perasan sambil memakan juadah yang Kami tapau tadi iaitu Satar, Otak-otak Ikan, Keropok lesung, dan Air Tebu dan Air Kelapa.
![]() |
Bersantai di tepi pantai nan indah permai.💖 |
![]() |
Yunk. Cover perut ke tu ?👀 |
![]() |
Di sini ada buai tau, seronok main buai sambil di tiup angin laut.💑 |
![]() |
Hubby buat apa tu? Hati-hati karang jatuh nanti.👀 |
![]() |
Noora pun naik juga macam ni. Seronok rasa macam nak terbang dengan tiupan angin.💨 |
![]() |
Buat apa duduk kat tempat panas tu?💬 |
Oleh kerana cuaca yang agak panas, Kami pun balik ke Hotel semula untuk berehat. Sebelum naik ke bilik sempat lagi kami santai dan spend masa di tepi kolam. Noora suka sangat suasana yang damai dan menyenangkan ini. I Love it!💘
![]() |
Santai jangan tak santai. Hihihi..❤ |
Malam kedua Kami makan di hentian R&R Chendor sahaja dan menu nasi goreng. Selepas makan Kami tidak ke mana dan lepak di Lobby Hotel sambil melayari Internet.
Selepas itu Kami pun naik ke bilik dan Noora pun tidur, Hubby biasa lah menonton Tv sebelum tidur. Itu sahaja aktiviti untuk hari kedua Kami di sini.✌
![]() |
Jom! pergi Dinner. |
![]() |
Lepak di Lobby Hotel. |
![]() |
Amboi main Handphone na? huhuhu |
Selepas itu Kami pun naik ke bilik dan Noora pun tidur, Hubby biasa lah menonton Tv sebelum tidur. Itu sahaja aktiviti untuk hari kedua Kami di sini.✌
Dadaaaaa.........👏
No comments:
Post a Comment