Day II 💘
25 Oktober 2013
Hari kedua Kami serba hitam. Amboi ingat apa? saja pilih tema itu. Lepas sarapan Kami menuju ke destinasi pertama iaitu Taman Buaya. Noora pun tidak tahu kenapa hendak ke sini. Ikut sahaja lah plan yang sudah di buat itu. Jom kita terjah saja!!💑
Destinasi 1👉 Taman Buaya
Sebenarnya, Noora sudah pernah ke sini sewaktu sekolah dahulu. Tetapi Noora ajak juga Hubby masuk sini. Ternyata sudah banyak perubahan antaranya sudah ada taman mini, kolam renang. Takut juga tengok buaya itu duduk diam kaku sahaja. 💕
i) Di Pintu Gerbang Masuk
Sudah Sampai, Jom Masuk!✌ |
Jangan lupa bayar tiket dulu ye.✋ |
ii) Di Taman Mini
KLCC, Tugu Negara, Istana Dulu, dan banyak lagi semuanya serba mini.👆 |
Kubu A'Famosa Mini. Comel je kan.😐 |
iii) Di Kolam Renang & Sangkar Burung
Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. hihihi👀 |
Merak ohh merak kenapa kau tak nak kembangkan ekor?👋 |
Destinasi 2 👉 Melaka River Cruise
Sebelum sampai ke sini melalui jalan yang kami pergi semalam, dan semestinya sesak. Sampai-sampai waktu operasi pada waktu 2.00 petang. Jadi, Kami tunggu sahaja di situ sehingga kaunter di buka. Perjalanan dalam feri ini adalah dalam setengah jam macam tu. Apa-apa pun pengalaman menaiki feri ini menyusur sepanjang sungai di Melaka ini sangat seronok. Suasana panas tetapi di tiup oleh angin sungai. Nyaman sekali.💙
Menunggu masa perjalanan Feri Kami.👀 |
Sudah naik Feri. Tunggu masa untuk berlabuh.✌ |
Jom kita menyusuri sungai Melaka ini. Sambil melihat permandangan indah di tepi sungai.👍 |
Destinasi 3👉 Kota A'Famosa
Hendak ke sini sampai ke gereja Kami naik bukit, rupanya ianya terletak di bawah sahaja berdekatan dengan dataran pahlawan. Tempat ini sememangnya sangat popular dan memang tidak sah jika tidak bergambar di sini.👇
Jom, kita kaji serba sedikit tentang A' Famosa ini. Kota A'Famosa adalah sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Alfonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A'Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.💘
Dari A'Famosa ke tempat parking agak jauh juga dan kerana keletihan berjalan Kami mengambil kesempatan untuk merasai menaiki beca jadi, Kami pun menyewa sebuah beca untuk ke tempat parking. Selepas itu, Kami pergi mengisi perut yang sedang kelaparan ini.Hihihi...💛
Wah! Masih berdiri gagah kan merium di depan Kubu itu.👆 |
Penat ye Cik Abg?? Hihihi..👀 |
Nampaknya, semakin pelancong datang. Ayuh! kita jauh sikit.💕 |
Di hadapan Kubu terdapat model pengangkutan perang dahulu.😄 |
Teringin hendak menaiki beca jadi Noora minta naik dari A'Famosa ke parking kereta berkadar RM10.00 Jadilah, dapat merasai.💜 |
Destinasi 4👉 Pantai Klebang
Masa waktu kami datang di sini, tempat ini masih dalam perancangan pembinaan. Jadi, memang tiada apa di sini, gerai pun tiada yang buka. Kami hanya menikmati angin pantai sahaja.💕
Ini lah dia Pantai Klebang.❤ |
Melihat Kapal di laut.👀 |
Tengok belakang tu, masih dalam pembinaan yang akan mendirikan Bustel iaitu Bus Hotel.💨 |
Selepas itu, Kami mencari Hotel untuk menginap malam ini. pusing punya pusing satu bandar Melaka itu baru jumpa. Itu pun hotel budget sahaja. Hihihi. Maklumlah, Noora memang tidak pandai booking2 masa ini. Kami menginap di Hotel Johan yang terletak di Taman Melaka Raya.💏
Destinasi 5 👉 Restoran Api-Api
Terjebak hendak makan di sini bermula dari JJCM di TV3 itu lah. Malam untuk Dinner Kami memilih steamboat di sini. Alhamdullillah, sampai juga di sini. Dengan bayaran Rm30.00 seorang dewasa boleh menikmati semua hidangan tetapi ingat jangan membazir ok. Bagi Noora makanan di sini sedap juga lah tapi itu citarasa masing-masing kan. Selepas makan sebelum balik Kami lepak di Dataran (Dataran apa tidak pasti). 💑
Wow!! Sedapnya, steamboat!!👍 |
Mood happy dapat makan dekat sini. Huhuhu..❤ |
Inilah hidangan dinner kami untuk malam kedua.💙 |
Promote sikit Api-Api Steamboat the best!!💋 |
Day III 💘
26 Oktober 2013
Hari ketiga Kami tidak kemana pun hanya sekadar singgah di Mahkota Parade dan gerai di tepi jalan untuk dijadikan souvenir pada keluarga. Jadi, dalam pukul 10.00 pagi kami check out dari Hotel dan menuju ke Mahkota Parade kerana tiada yang berkenan di hati Kami pergi makan di foodcourt di situ.💘
Bersiap sedia untuk check out, Biarkan tidak berkemas. hihihi..👊 |
Yuk!! Makan dulu.👍 |
Sedap sangat menu Noora order ini. Siap ada papadom!👀 |
Panjang lebar pula entry Noora kali ini kan. Apa-apa pun, Noora happy pada tarikh ini kerana dapat bersiar-siar habiskan masa berdua. Terima Kasih wahai suami ku kerana bawa daku bersiar-siar merehatkan minda daripada hirok-pirok kerja. Sampai di sini sahaja coretan percutian Indah Noora. sambil bercuti sambil mempelajari sejarah negara. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi untuk bercuti di sini Noora mahu pergi tempat - tempat baru yang lebih menarik sekarang.
Dadaaaaaa..........👏
No comments:
Post a Comment