Anniversarry Pertama di Melaka (Day I)



Day I 💘

24 Oktober 2013

Bermula percutian kami pada 24/25/26 Oktober ini, iaitu selama 3 hari 2 malam. Percutian ini sempena menyambut Anniversary Perkahwinan Kami yang pertama di samping menyambut Hari Jadi Noora yang ke 24 tahun. Kami memulakan perjalanan dari rumah (Yong Peng, Johor) di awal pagi selepas sarapan. Perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui Plus Selatan Utara dan Exit di Simpang Empat, Melaka.💚

Destinasi 1 👉 The Stadthuys


Tanpa membuang masa kami terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu The Stadthuys. Tempat ini merupakan sebuah dewan bandaraya sewaktu pemerintahan Belanda di Negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka. Ramai yang mengenalinya sebagai 'bangunan merah' kat Melaka itu. Kami hanya berjalan-jalan di kawasan ini sambil melihat beca-beca yang berwarna warni dan berbagai gaya itu dan juga sempat merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan. Di kawasan ini sudah tentu sangat ramai pelancong dari luar dan dalam negara kerana di sini lah destinasi yang wajib di lalui jika korang datang sini. Oleh kerana cuaca pada waktu itu agak panas sempat lagi kami berdua sambar topi untuk di pakai sepanjang berjalan di situ. Di sini juga terdapat deretan kedai yang menjual souvenir jadi Noora pun beli Magnet Freeze sebagai kenang-kenangan


Jangan gelak Noora 
posing macam ni ye.

Masa ni tak ada monopod
jadi nampak muka kami jela
bila selpie..huhuhu💕

Santai ditengah panas.
Siap beli topi di deretan kedai
berdekatan di situ.👷

Destinasi 2 👉 Maritime Muzium

Selepas itu, kami menuju ke kapal besar. Hendak masuk ke kapal besar ini, korang kena bayar tiket sebanyak RM3.00 untuk seorang dewasa itu pun pada tahun 2013 dan kadar sekarang Noora kurang pasti. Apa yang ada di dalam sini? Dengan sekali bayaran bolehlah memasuki tiga tempat di dalam. Di dalam ini, korang akan dapat mengetahui atau mempelajari tentang sejarah mengenai pejuang-pejuang negara, helipkoter, kapal laut dan banyak lagi yang berkaitan dengan sejarah perairan di selat melaka ini. Sebenarnya, Noora masuk tempat ini pun sebab nak bergambar di kapal besar itu je..Hihihi...💋

i) Di dalam bangunan Muzium

 Tingkat pertama di dalam muzium.
  Terlihat Helipkoter di belakang
Noora kan.👌

Zoom dekat sikit di depan
Helipkoter yang pernah
pergi berperang ni.💚

Posing depan-depan lah
baru best kan.💫

ii) Di Kapal Perang


   Wah! Hubby nak pergi
  berperang ke tu??💇

 Kenangan di atas
kapal Perang 3143.💜


iii) Bangunan Hadapan Muzium


    Sejarah hidup di perairan.💦

Perumahan suatu masa dahulu di tepi laut.💧

iv) 
Kapal Layar

       Jom!! 
Masuk dalam, Noora nak terokai kapal besar ni.👋

Ini lah dia Captain
Noora Sparrow!
Hahahah..👴

Nak ala-ala titanic malu pula.
Noora cover comel jela atas kapal ni.👸

Hari pun sudah masuk petang, sibuk berjalan sampai terlupa nak makan. Oleh kerana, Noora sudah bawa bekal dari rumah jadi, Kami mencari tempat untuk Lunch. Hubby cadangkan Kami makan di pondok Jeti Umbai sahaja. Kata Hubby sewaktu kecil dulu di sini lah tempat dia lepak jika balik kampung. Oh ya, Kampung hubby berdekatan je dengan Jeti Umbai ini. Selepas makan, Kami bergerak pergi ke rumah atok hubby dan menetap di situ untuk satu malam.👍

Setelah berehat, Kami keluar untuk makan malam. Kami decide untuk makan ikan bakar di Jeti Umbai. Di Jeti ini sangat terkenal dengan ikan bakar nya dan harga pun agak berpatutan. Terdapat banyak deretan kedai makan di sini, hanya pilih sahaja dan kami pergi sahaja makan di salah satu kedai makan di situ. Kami memesan Ikan siakap bakar, Sotong goreng tepung, udang merah, Ketam blackpaper dan sayur kailan. Semuanya bernilai Rm62.40 untuk dua orang makan. Alhamdullillah, perut sudah kenyang. 💜


Wah!! Meriah menu bang oi??
Boleh habis ke tu??💨

Jom!! Jemput makan ye semua!!💬

Untuk hari pertama itu sahaja, Sebelum balik hubby bawa jalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan dan sampai di rumah penginapan tepat 1.00 pagi. Hahaha... Berjalan sakan ni. Ok, balik pun terus tidur, esok Kami ingin berjalan lagi. Jumpa di entry Day II ye....
Dadaaaaa.......👏



No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora