![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivNXuwyeyd1fYx4U_7Z2uHQc9WMKFdpP2oumMm_4QKy4F9dP1T9yet5EKQCsQ87AQscqu62US-_Fa387tb7PRWWk5V76AyPuQ2wLEyjzI8LyMWKt9-bmaVMuENboBGumB3ayOgyJfNF4s/s1600/ciknurfarah1.png)
Apa khabar semua? Semoga di berikan kesihatan yang baik. Alhamdullillah, Noora pun sihat-sihat belaka dan makin bam-bam.. Eceh, tanya-tanya khabar ni, adakah yang baca? Huhu.. Its okay, just sembang kosong je.
Hari ini, Noora nak kongsi sedikit pengalaman pertama kali menaiki Kapal Terbang. Wah! terasa bak mimpi, betul ke Noora naik pesawat ni? Almaklumlah, Noora ni memang gayat kalau dulu di sekolah berdiri di koridor tingkat 3 je apabila melihat ke bawah bangunan sudah merasa kegayatannya. Ini kan pula naik pesawat yang sememangnya akan naik tinggi di atas langit dan awan biru.
.
Benar tak benar sudah pun selamat pergi dan selamat pulang, Alhamdullillah. Pengalaman pertama ni memang agak mendebarkanlah hati ku ini. Itulah dok berangan lagi nak bercuti jauh-jauh jadi nak tak nak terpaksa lah kau hadap naik juga kalau tak bye-bye lah kena tinggal haha...
![]() |
Banyak angkut barang nampak.Hihi..
|
Bertolak dari KLIA 2 pukul 1.05 petang. Beli tiket kos murah AirAsia booking siap-siap dan tinggal ambil boarding pass je dekat kaunter. Actually, boleh je kalau nak print siap-siap boarding pass korang itu untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku jika korang terlambat dan pastikan kena check-in beberapa jam awal ye dan berada di kawasan perlepasan setengah jam awal untuk elak kena tinggal hihi.
.
Untuk AirAsia ni street sedikit bagi handcase untuk di bawa ke kabin iaitu berat mestilah tidak melebihi 7kg. Noora bawa barang yang perlu sahaja dan pakaian pun bawa sikit je sebab sewa homestay ada mesin basuh, mendobi lah kita ye. Bagi Bagasi pulak, boleh je nak tambah 15kg, 20kg dan seterusnya cuma untuk bagasi ni ada cas tambahan yang tidak termasuk sekali harga tiket kita tu.
.
Aikkkkhhhsss!!!! Punya lah google, tentang peraturan yang perlu di patuhi ketika menaiki pesawat ni. Banyak juga pantang larang tetapi so far semasa perjalanan Kami semua dipermudahkan dan tidaklah terlampau street sangat, mungkin perjalanan domestik dan dekat sekejap sahaja jadi tidak banyak masalah sangat untuk prosedur sebelum naik pesawat. Tetapi yang Noora tahu, untuk perjalanan ke luar negara lebih ketat prosedur mengikut negara yang di lawati. Buat masa sekarang, Noora pusing dalam negara sahaja ye sebab takut senarai hitam imgeresen ada tunggakan Ptptn dulu ada kang nanti tidak dapat keluar atau tidak dapat balik Hihihi..
.
Selalunya orang akan check-in awal jadi ada masa untuk makan atau pun jadi penunggu hihi. Sebelum setengah jam berlepas sudah boleh masuk ke ruangan menunggu, untuk masuk ke ruangan perlepasan dalam negeri siap sedia lah boarding pass dan kad pengenalan dan akan ada pemeriksaan barangan, waktu ni semua barangan hendaklah di scan termasuk lah diri kita. Jadi, pastikan tidak memakai perhiasan yang berlebihan terutama yang berasaskan besi. Lepas itu, masuk pula ke gate perlepasan dan tunggu sehingga dipanggil untuk masuk ke pesawat. Make sure, jangan tersalah gate pula ye, mana lah tahu teruja sangat sampai tersalah masuk gate perlepasan. Hihi...
Waktu berlepas pun tiba, dari KLIA 2 pesawat disambung terus dengan pintu gate tersebut jadi tidak perlu lah berjalan jauh ke lapangan kat luar nun hihi. Apabila pesawat sudah mula bergerak, duduklah diam-diam dan pastikan switch Off gadget ye, serta pakai tali pinggang kelendar untuk keselamatan penumpang juga. Waktu start masuk landasan, Ya Allah rasa ngeri, seram, takut semua ada. Bila pesawat mula bergerak laju dan laju dan laju serta terbang terasa seperti hendak terjun ke bawah tak jadi ikut pun tak apa. Dapat pula tempat duduk sebelah tingkap jangan kata apa lah, hati berdebar-debar hanya mampu mengucap dan berzikir. 10 minit berlalu, pesawat sudah mula terbang tinggi tetapi masih dapat melihat keadaan di bawah, waktu ini sudah boleh tenang sikit, makin lama makin tinggi sehingga nampak awan sahaja tetapi hati makin tenang dan perasaan takut itu hilang apabila melihat keindahan ciptaanNya dan kebesaran Allah. SubhanaAllah.
.
Untuk mendarat, Alhamdullillah tidak terasa sangat, dan selamat sampai ke destinasi setelah 1 jam perjalanan. Tiba di Terminal jangan lupa ambil bagasi jika ada check-in bagasi ye.
.
Itulah, pengalaman pertama Noora menaiki kapal terbang pergi dan balik ketika bercuti di Pulau Langkawi. Sebenarnya, menaiki kapal terbang ni apabila sudah di atas rasa biasa-biasa je seperti naik bas goyang-goyang ketika melanggar awan cuma waktu kritikal ketika hendak terbang ke udara dan hendak mendarat sahaja yang mencabar hati.
.
Bagi Noora bestnya naik Kapal terbang ni kerana masa perjalanan menjadi singkat maksudya tidak lah penat driver kita untuk memandu dari Seremban ke Kuala Kedah dan yang tidak bestnya tidak boleh bawa barang banyak-banyak dan kena banyak menunggu lagi-lagi jika tiba-tiba tunda waktu penerbangan seperti yang terjadi pada Noora semasa penerbangan pulang ke sini. Sepatutnya penerbangan pukul 9, punyalah awal bangun dan bersiap dari pukul 5setengah pagi tup-tup tunda ke pukul 1 petang. Jenuh lah Kami berkampung di terminal, selamat di beri voucher makanan dapatlah makan free hihi...
.
Semasa pergi Noora menaiki Airasia dan balik pula menaiki MAS. Memang ada perbandingan antara dua pesawat ini tetapi sangat berpuashati dengan layanan dua syarikat ini. Bestnya naik MAS ni berat bagasi 30kg seorang jadi bolehlah shopping sakan deq non. Hihihi..
.
Sesiapa yang belum pernah lagi menaiki kapal terbang tu cuba la naik dan nikmati lah sendiri perasaan ketika di awan biru. Cewah!!.. Hihi..
.
Sesiapa yang belum pernah lagi menaiki kapal terbang tu cuba la naik dan nikmati lah sendiri perasaan ketika di awan biru. Cewah!!.. Hihi..
.
Ok lah, itu je pengalaman pertama Noora, make sure jangan lupa bawa kad pengenalan ye ketika check-in, karang ada yang tak dapat naik pesawat nanti,hihi. Nanti Noora kongsi pengalaman bercuti di Pulau Langkawi pula.
.
No comments:
Post a Comment