Set Penjagaan Muka dan Dalaman



Sebagai wanita kita mesti hendak nampak cantik dan berserikan. Begitu juga Noora, nak nampak cantik depan mata suami. Lagi-lagi usia yang kian meningkat naik ni. Berapa usia Noora? Cuba lah teka.. Hihihi.. Yang pasti beberapa tahun lagi nak naik 30 an series. Ngeri rasanya, jadi mulai sekarang Noora kena lah berusaha supaya sentiasa nampak cantik di depan suami hihi..

Kulit muka Noora mempunyai parut-parut bekas jerawat dan sangat sensitif. Banyak sudah Noora cuba berbagai brand tetapi masih tidak memuaskan sehingga penah berputus asa. Tambahan pula, sekarang terdapat banyak jenis produk yang tumbuh bak cendawan. Terlampau banyak, macam-macam ada. Tetapi jangan lah kita sampai rambang mata. Kualiti harus menjadi keutamaan.

Sebelum kita memilih produk apa yang sesuai dengan kita, Kita mesti lah mengenalpasti masalah kulit muka Kita dulu. Seperti Noora, Noora mengalami masalah kulit muka yang berminyak dan sensitif. Selepas itu, kita kenalpasti pula produk apa yang sesuai dengan masalah yang kita hadapi.

Langkah seterusnya, kaji selidik produk yang bakal kita beli dan guna contoh seperti Kelulusan KKM, halal, harga, kesan sampingan, lihat testimoni-testimoni pengguna, bahan kandungan dan lain-lain lagi selidiklah sehingga kita berpuas- hati.

Setelah kaji-mengkaji, Noora decide untuk mencuba produk ini. Noora di fahamkan produk ini mengambil sedikit masa untuk kesan yang kita idamkan. Kandungan bahan-bahannya juga berasaskan bahan organik, jadi Noora putuskan untuk mencuba produk ini.


Set Imanni.
( Cleanser Zahra, Scrub Lavender, Serum Gorgeus, Serum Zinnia, Blossom cake Foundation, Loose powder)

Ok, Inilah set untuk penjagaan muka Noora yang terbaru. So far, sudah dua bulan Noora gunakan produk ini. Parut-parut muka masih dalam proses pemulihan tetapi bintik-bintik hitam semakin pudar.
Yang best ye, bila makeup dengan menggunakan gorgeus serum ini memang sangat best kulit muka nampak tegang je. Hihihi, Harga untuk set ini cecah ratus juga tetapi berbaloi kerana tahan lama. Tips nak beli produk ini, tunggu Sales lah. Jangan risau selalu ada Sales.

Oleh kerana sekarang sibuk dalam memulihkan kulit muka, jadi solekkan harian ringkas sahaja. Ringkas-ringkas juga tapi kena lah cantikkan? Selain base kan muka dengan produk set penjagaan muka diatas, Topup sikit dengan memakai Maskara keluaran NoraFurla dan Pearl Magic Lipstik Nurraysa.


Maskara Duoya NoraFurla.
Masa ni, Noora grab waktu Ramadan tengah Offer RM49.90 sahaja dan percuma Cleanser.
Bestye maskara ni, cantik melentik macam pakai bulu mata dan senang nak cuci.



Ini pula untuk bibir sambil mencantikkan bibir kita ianya juga dapat merawat.
Bestkan 2 in 1. Noora beli Rm27 sahaja.



Di samping menjaga luaran, dalaman pun haruslah di jaga. Setakat ini, Produk ini sahaja yang dapat di teruskan kerana harga yang berpatutan dan senang untuk di makan. Hihihi. Masa ini, beli tengah Offer Ramadan, beli dua botol percuma pouch bag dan sampul raya. Sebotol hanya Rm50 sahaja.

Ini lah dia. Gila ber dianz pula. Hihi.



Gambar terbaru Noora.


Ok setakat ini sahaja lah perkongsian Noora, sebelum itu Noora nak bagi tahu yang Noora bukan agent dari produk-produk di atas ye. Hanya lah pengguna. Hihi.. Mana lah tahu, ada yang di luar sana masih mencari-cari produk yang bersesuaian, dapat membantu menyelesaikan masalah korang kan. Ingat ye, semakin kita meningkat usia semakin itulah kita kena jaga. So far, untuk produk ketat-mengetat ni, Noora belum amalkan lagi sebab belum pernah beranak lagi. Doakan Noora beranak pula ye, nanti Noora review tentang produk yang berkaitan pula.. hihi...






No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora