
Niat hati hendak usha-usha sahaja dan macam mana Noora boleh sambar barang ini, adoiii. Sebenarnya, plan nak server je harga dulu tapi sudah berkenan grab aje lah. Apa yang Noora nak cerita ini? Ianya mengenai Kamera Kalis Air SJ4000.
Sebelum ini, memang sudah baca tentang review kamera ini, ada yang puashati. Kalau di beri pilihan untuk kamera tahan lasak ini memang Noora teringin jenama GoPro tetapi harganya tidak menepati citarasa dan baget kami. Setelah memikirkan dari segi buget dan kegunaan yang bukan selalu sangat lasak. Noora decide untuk beli jenama SJ4000 sahaja sudah memadai.
Harga pasaran tidak pasti tetapi harga Noora beli tadi semuanya Rm599.00 yang mengandungi set lengkap kamera, monopod GoPro, memori 16 gb, bateri tambahan dan Fuse charger untuk bateri. Berbaloi tidak? Entah lah, Tapi pada Noora Okey sangat dah tu.
Noora beli ini pun, sebab berangan hendak bercuti di Pulau. Pulau mana? nantikan lah.
![]() |
Jeng, jeng, jeng.. Ini lah dia rupanya, stok hanya ada warna hitam saja. |
![]() |
Ini antara sebahagian set yang dapat, selebihnya sudah simpan dalam kotak sebab rasa belum hendak digunakan lagi.Hihi.. |
Noora belum explore lagi penggunaan kamera ini, nanti sudah pro sikit Noora tampal hasil tangkapan gmbarnya ye. Yang bestnya, Kamera ini ada wifi jadi boleh sambung terus ke handphone. Lebih mudah untuk berkongsi di laman sosial kan.
Nanti Noora kongsikan hasil tangkapan Noora ye, bagi Noora explore dulu. Ok, jumpa next entry.. Dadaaa.....
No comments:
Post a Comment