
Alhamdullillah, bertemu kembali di Syawal yang mulia ini setelah sebulan berpuasa. Raya tahun ini tidak dapat pulang ke kampung kerana Hubby tidak dapat bercuti. Almaklumlah, cuti bergilir-gilir. Tak apalah, tidak ada rezeki Kami untuk balik beraya.👀
Oleh kerana, tidak pulang ke kampung jadi Kami pun gedik lah hendak bergambar di studio haha. Untuk merasai suasana pagi Raya dengan memakai baju raya. Tidak pernah lagi kami buat pun, pertama kali ni. Ambil gambar berdua sahaja kerana masih berdua. Doakan Noora bertiga, berempat, berlima pula ye. Amiin. Terima Kasih.💕
Kami memilih pakage 11R dan percuma 4 keping gambar 4R yang berharga Rm130. Lama juga menunggu giliran, ramai rupanya yang ingin memotretkan kenangan AldilFitri bersama keluarga. Mengambil masa 2-3 minggu untuk siap. 💤
Lepas bergambar kami pulang ke rumah dan Hubby pun bersiap untuk berkerja di hari Raya.😓
![]() |
Menunggu giliran untuk fotoshoot lama bangat. Ramai orang. |
![]() |
Tunggu dalam kereta sekejap, penat berdiri dalam kedai gambar. |
![]() |
Menu di pagi hari Raya Aidilfitri. (Ketupat segera, ayam masak merah,lodeh,rendang daging) |
![]() |
Yang ini raya ke 3, Hubby Off kita meronda ke Melaka ada perjumpaan Family Hubby. |
Untuk raya tahun ni sungguh sadis kan kerana tidak kemana. Tetapi masih bersyukur kerana di beri peluang suasana berhari raya di samping suami tercinta di bandar ini. Rasa seperti di bandar zombi pun ada kerana kenderaan yang ada boleh di kira dan suasana sepi sahaja. hihihi.
Oklah, akhir kata Noora ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin' dari Noora dan Hubby. Jemputlah datang ke rumah, cewah....!! Hihi...
No comments:
Post a Comment