Best ke Kamera SJ4000 ini?



Minggu lepas Noora mengisi masa lapang bersama suami di Port Dickson. Kami pergi pun tanpa rancangan dan memang niat untuk melapangkan fikiran. Kami memilih lokasi ini kerana ini sahaja yang terlintas di benak fikiranku.  Perjalanan hanya mengambil masa dalam tiga puluh minit sahaja dari rumah Noora. ❤


Ok, sebenarnya Noora nak kongsikan gambar-gambar yang Noora dapat petik dengan menggunakan kamera SJ4000 ini tetapi untuk kali ini tidak adalah gambar di dalam air ye kerana Noora hanya bersiar-siar mengambil angin pantai sahaja dan tidak bermandi-manda. Untuk gambar di dalam air di lain entry pula nanti.👀


Pemandangan dari Waterfront PD.

Posing sikit.

Lokasi Teluk Kemang, konon-konon gambar candid. Hihihi

Inilah antara gambar yang dapat Noora petik. Sebenarnya banyak lagi tapi takut korang bosan pulak asyik muka Noora je kan, Hihi.. Pada Noora sangat berpuashati dengan hasilnya walaupun kesan gambar tidak secantik kamera DSLR tetapi Noora suka sangat. Mudah di bawa dan senang untuk digunakan. ✌

Itu sahaja untuk kali ini, tiada idea sebenarnya.Hihi...😅

Aku yang mengisi masa bosan..😓

.Happy Nice Day.




No comments:

Kisah Aku Dan Dia @ WanNoora