![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivNXuwyeyd1fYx4U_7Z2uHQc9WMKFdpP2oumMm_4QKy4F9dP1T9yet5EKQCsQ87AQscqu62US-_Fa387tb7PRWWk5V76AyPuQ2wLEyjzI8LyMWKt9-bmaVMuENboBGumB3ayOgyJfNF4s/s1600/ciknurfarah1.png)
Wanita tidak dapat dipisahkan dengan barang kemas. Hihi.. Setuju? bagi yang gemar dengan barang kemas mereka akan setuju. Ramadan tahun ini, ada rezeki lebih jadi suami belanja gelang emas untuk hari raya nanti. Amboi isteri mana yang tidak gembira.💘
Memusing-musing bandar seremban ini untuk mencari harga segram emas yang memuaskan, tetapi kecundang tidak jumpa. Oleh itu, guna lah khidmat encik 'Google'. Rupa-rupanya, Kuala Pilah merupakan lombong emas termurah di Negeri Sembilan ini dan pernah menjadi viral pada tahun 2015. Wah, langkah kanan lah Noora.👀
Selepas selesai berurusan Bank, untuk menyimpanan dan pembayaran zakat Kami menuju ke Kuala Pilah yang mengambil masa 45 minit dari Seremban. Kiraan sebenar kurang pasti kerana alpa melihat waktu perjalanan kerana hati yang tidak sabar ini, haha.👅
Setelah sampai Kami tinjau-tinjau dahulu harga-harga emas dan rekaan yang mana berkenan. Ada banyak juga kedai Emas di Kuala Pilah ini, tetapi Kami hanya sempat masuk 6 buah kedai sahaja dan kedai pertama yang kami singgah itu juga lah yang menjadi pilihan hati iaitu Kedai Cheah Poh Hing Gold Smith.
Harga segram waktu itu Rm 165.00 sebelum gst. Harga upah agak mahal juga kerana tidak pandai tawar menawar hihi. Apa- apa pun sempat Noora grab dua utas rantai tangan. Satu gantikan gelang emas masa nikah dulu yang hendak putus dan tambah beli satu janji tidak terlebih baget Hubby hihi.
![]() |
Gelang ini lah yang Noora minat sangat tu ada LOve Love. (8.40 g) |
![]() |
Yang ini pilihan kedua, untuk pakai harian. (4.67g) |
Noora pilih yang bersuaian dengan kebesaran tangan Noora. Comel- comel je yang sesuai. Lengan halus sangat. Apa-apa pun terima kasih hubby. Mama Doakan Papa semakin murah rezeki ye. Love you, amboi happy kemain.. Hihihi.
So, pada korang yang tak tahu lagi tu jika lalu di Kuala Pilah nanti boleh lah singgah untuk tambah koleksi emas. Tidak salah pun, beli emas ini juga pelaburan jika tetiba terdesak di kemudian hari boleh lah pajak dan gadai. Mana lah tahu kan kerana kita tidak sentiasa di atas.
Oh ya, jangan lah pula kata yang emas murah ini 'something wrong' je. Sebenarnya, kedai-kedai di sini tidak mendaftar di persatuan emas-emas itu lah pasal harga mereka lebih murah tetapi KUALITI sama dan terjamin..
Oklah, nanti sambung lagi kalau ada rezeki ke sini lagi. Insyallah. Amiin.. Hihihi... dadaaaa....
No comments:
Post a Comment